M&M (Memberi dan Menerima)

Minggu pertama bulan Ogos, bangun pagi pada hari jumaat dengan rasa teruja dan sangat bersemangat. Sebab tarikh 4/8 adalah hari utk program sekolah bersama GM The Awesome. Tapi, bila bangun, cuba nak keluarkan suara, telinga sendiri pun macam dengar tak dengar je. Dan pagi Jumaat tu ke sekolah dengan suara yang kejap ada kejap takde. Masuk kelas pun suruh budak buat kerja, sebab memang tak larat nak cakap apa-apa.

Dalam hati, dah risau, macam mana nak berprogram kalau suara pun takde. Dahlah banyak benda nak cakap dengan budak2 nanti. Nasib baiklah tak jadi CF atau PC, kalau tak, memang waktu tu juga kena tukar dengan orang lain.

Malam pertama kat sekolah, nak cakap atau bincang sesuatu dengan fasi yang lain, kena guna khidmat 'translator'. Sebab suara yang keluar cuma orang yg duduk rapat kat sebelah je boleh dengar, jadi kawan yang duduk sebelah tu la yg jadi mangsa kena ulang balik kata2 seketul Amal ni.

Kadang ada masa memang rasa payah benar nak keluarkan suara, terpaksa kembali ke zaman surat-menyurat dahulu kala. Tulis apa yg kita nak cakap kat atas kertas, nak guna smartphone tak boleh, sebab penggunaan smartphone sewaktu program bagi fasi adalah dilarang.

Hari kedua, dah makin baik sikit, mula lah gatal tekak nak membebel panjang-panjang. Tak sedar diri suara tak betul-betul baik lagi, dah mula nak tinggikan suara, ada pula satu slot kita diarahkan untuk ajar 'energizer' kat budak2 ni, lagilah makin menjadi-jadi perangai ketagih nak bercakap tu.

Tapi, dah masuk hari ketiga, makin sedar diri, dan cuba nak mengehadkan percakapan, bagi betul2 elok, barulah nanti boleh pulun habis2. Konklusinya di sini, sebenarnya nak bagitau yang memang kita tak boleh nak persoalkan takdir Allah tu, kenapa lah waktu mcam ni Allah nak bagi aku sakit. Serius, dalam hati, rasa agak kecewa, sebab banyak sebenarnya yang kita nak kongsi dan sampaikan kat adik2 tu, walaupun diri sendiri sedar, taklah hebat mana pun apa yg nak dikongsikan tu.

Awalnya datang, saya menjangkakan mereka hanyalah adik2 berusia 12 tahun, yang masih mentah lagi dengan asam garam kehidupan, bak kata orang, UPSR pun tak lepas lagi. Perjalanan hidup mereka masih jauh lagi ke hadapan. Dan sebagai seseorang yang berbeza usia hampir 10 tahun dengan mereka, kami datang dengan harapan untuk menyampaikan apa yang kami sudah sediakan kepad adik2 ni.

Tapi, pada hari terakhir program, menuju ke majlis penutup, dalam hati mula terfikir, dan terdetik, betapa sangkaan awal saya itu ternyata tak sepenuhnya betul. Layanan yang cikgu2 di sekolah tersebut beri, sangatlah mesra dan ramah. Sebelum kami berangkat pulang, penuh tangan dengan cenderahati daripada pihak sekolah. Walaupun hari pertama berjumpa, gaya bersembang dah macam bertahun kenal. 

Sewaktu aktiviti dijalankan dengan adik2, mereka cepat betul dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan, tanpa perlu penerangan berulang-kali. Mereka juga boleh dikira berdisiplin, tak banyak buat masalah dan perangai pelik2 sepanjang program berlangsung.

Ternyata, dalam niat kami hendak memberi tu, lebih banyak yang kami terima. Dan banyak juga yg saya pelajari daripada adik2 ini, walaupun mereka 10 tahun lagi muda, ternyata bersama mereka dalam waktu yang singkat ini buat saya belajar sesuatu. 

Bahawa tak selalunya apa yang kita mahukan akan berjalan menurut perancangan kita.

Bahawa besarnya impian dan cita-cita yang mereka dah lakarkan sebagai impian mereka walaupun pada usia yang muda. 

Betapa lemahnya diri kerdil ini sebagai manusia biasa, yang tak mampu berdiri teguh tanpa izin dari-NYA juga.

Betapa kita jangan berasa lokek untuk sentiasa memberi, dengan kerisauan bahawa apa yang kita miliki akan berkurang.

Moga segala yang dapat kami kongsikan kepada adik2 walaupun dalam masa yang singkat dapat diambil sebagai manfaat dan pengajaran dan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada semua warga SAR KAFA Al-Mumtaz Integrasi Telok Gong yang sudi berkongsi kisah, cerita, dan menerima kehadiran kami yang bukan siapa-siapa ini. 

Moga Allah redha!

Comments