"Ingat tak dulu, bila kita bergaduh, tak sampai tiga hari pun tak bertegur sapa, sebab masing2 rasa pelik kalau lalu sebelah tapi langsung tak bercakap."
"Memang. Dan setiap kali tu la, aku yg kena mulakan dulu untuk cakap dengan kau. Kalau nak tunggu kau yang mula, memang sampai ke sudah tak jadi apa."
Ain hanya mampu gelak bila terang-terang kena kutuk dengan kawan baik sendiri.
"Kau nak tau something Syifa?"
"Apa dia, Ain?"
"Aku rindu masa kita zaman sekolah dulu."
Dan terus air mata laju mencurah tanpa mampu ditapis. Mengenangkan seminggu yang dirasakan sangat menguji dirinya, Ain terasa sangat lemah, jiwa jadi gundah-gulana, hati jadi serabut macam taufan baru melanda.
"Ain, kau okay tak ni? Kenapa ni? Cuba cerita dengan aku betul2?"
Syifa terus panik. Dahlah jarak jauh beribu batu. Tiba2 tengah happily on call dengan makcik sorang ni, boleh pulak dia terus datangkan air terjun.
"Okay, takpe. Nangis je dulu. Relax, okay. Aku ada. Cerita je apa yang kau nak cerita."
Syifa diam seketika, menanti Ain yang di hujung talian sana tenang dahulu. Hatinya terasa pedih, sebab dia tahu bila dah sampai tahap Ain menangis bersungguh-sungguh ni, maknanya dah terlalu lama dia pendamkan semua itu. Ain bila mula menangis, dahlah susah nak berhenti.
Nampak je macam perempuan sado, jiwa kental, tapi hakikatnya seorang Ain yang Syifa kenali ini sangatlah sensitif dan mudah tersentuh. Cuma dia sembunyikan dengan perilakunya yang agak keras. Ego Ain memang tinggi. Syifa tahu yg Ain takkan mulakan dahulu. Walaupun dah berbuih mulut dia bagitau Ain supaya jangan rahsiakan apa2 dari dia, setiap kali itu lah Ain takkan buat apa yg dia suruh.
"Syifa..."dengan suara tertahan-tahan Ain memanggil nama Syifa.
"Ya, Ain..Spill it out. I'm always here for you."
"Aku dah tak tahu nak buat apa sekarang.."belum sempat dia menghabiskan ayat, air matanya kembali jatuh, mencurah-curah bagai tak jumpa penghujungnya.
Dan nun jauh beribu batu dari Ain, Syifa mencengkam kuat dadanya, menahan rasa yang berbuku di hati. Kerana dia turut merasakan kepedihan yang sedang Ain tanggung sekarang ini.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete