Buku baru

Bismillahirrahmanirrahim~


Aku memulakan langkah pertama memegang sebuah jawatan dan tanggungjawab untuk digalas dengan harapan bahawa sedikit sebanyak mampu menyumbang untuk mereka yang aku gelar

"Extended family", di UIA ini.

Memikirkan setiap langkah yang perlu aku ambil dengan berhati-hati,
ibarat melintasi laluan yang dipenuhi duri,
aku perlu membuat pertimbangan yang betul.

Dan pada 23/11/2017 yang lalu, secara rasminya berakhirlah tempoh aku menyandang gelaran tersebut.
Namun, belum sempat ingin menarik nafas,
Belum sempat aku ingin melepaskan lelah seketika,
Aku harus kembali bangkit dan berlari semula.
Dan kali ini,
Larian itu perlu sederhana,
Kerana banyak langkah yang ingin menyaingi,
dan aku harus membantu untuk memandu langkah2 itu,
agar tidak tersasar daripada laluan yang sebenar.

Setiap kali bermulanya hari yang baru,
setiap kali aku mendongak memandang langit,
bertemankan mentari yang bersinar,
setiap kali itu aku membuka sebuah buku baru,
untuk aku lakarkan kemas satu demi satu,
kenangan, pengajaran, memori
untuk aku bawa sepanjang perjalanan aku dalam
kehidupan ini.

Moga Allah redha.




Comments