Semua orang punyai fasa dalam kehidupan masing-masing
Fasa yang mana kau merasakan diri cukup kental nak berhadapan dengan semua perkara
Satu fasa yang mana kau merasakan bahawa apa pun cabaran yang bakal kau jumpa
Kau pasti akan dapat tempuh semua tu.
Terjumpa satu kenyataan, yang menyatakan bahawa fasa usia 21-25 adalah antara fasa paling getir dalam kehidupan yang kita semua lalui
Yang mana kita berusaha untuk tamat pengajian di universiti, untuk memiliki segulung ijazah, diploma, atau mungkin sijil-sijil kemahiran yang lain.
Dan persaingan sebagai seorang 'fresh graduate' untuk mencari ruang dan peluang memasuki alam pekerjaan
Dan dalam fasa umur ni juga, yang mana kawan-kawan sekeliling sudah mula mencari pasangan, untuk melangkah ke satu alam lain, menamatkan zaman bujang masing-masing.
Tapi kalau semua orang nak mengejar perkara yang sama, kenapa perlu kita limitkan juga kemampuan kita untuk mengejar perkara yang sama itu?
Sedangkan setiap orang punya matlamat, tujuan, malahan keupayaan yang berbeza.
Kau dan aku, kita manusia. Boleh sahaja kau katakan bahawa persamaan kita itu ketara. Dan kerana itu, kau sering merasakan bahawa kita semua harus menjalani perkara yang sama.
Masalah yang semua manusia alami itu, berbeza. Alangkan kembar yang berkongsi rahim ibu yang sama itu pun, tak semestinya minat dan personaliti akan sama, ini kan pula yang lahir daripada rahim yang berbeza.
Maka,
berhenti menilai semuanya dengan pandangan yang serupa.
Kerana ada masanya kita menanggung beban yang sama, tapi tahap ketahanan itu berbeza. Mungkin pada dia beban itu kelihatan mudah, namun bagi si dia yang lain, beban itu terlalu berat untuk dipikul, hingga mampu meruntuhkan tembok kesabaran yang selama ini dibina kukuh.
Kerana kita adalah manusia.
Juga hanyalah hamba.

Comments
Post a Comment