Pertemuan- IV



Alin menyelongkar isi dalam beg. Nak mencari kunci kereta. Penat berdiri, dia duduk sekejap di tembok yang ada di tepi tempat letak kereta. Seminit kemudian, terasa seperti ada makhluk yang berdiri di hadapannya. Kepala didongak, dan bibir terus mengukir sebuah senyuman.

"Fatah!" tanpa sedar suaranya meninggi, kerana rasa teruja melihat kawan baiknya berada di depan mata sekarang.

"Hei..hei, taulah teruja tengok muka aku, tapi janganlah kuat sangat suara tu, malu lah orang tengok."

Alin menekup mulut sambil sengih tanda bersalah.

"Ala, sorry. Kau pun, bukan nak bagitau dah jejak Tanah Melayu. Tiba-tiba muncul depan mata. Datang sini naik apa?"

"Naik teksi. Tak sabar nak jumpa kau."

"Kalau kau bagitau, boleh juga aku pergi ambil kau kat airport."

Kening sebelah Fatah terangkat. Sambil tangan ditarik bersilang di dada.

"Nak pergi ambil aku tapi kunci kereta pun sampai sekarang tak jumpa?"

Alin tersengih. Mengakui diri sendiri yang cepat cuai dengan barang-barang miliknya.

"Selalu kau lah tukang penjaga barang aku. Kalau kau takde, memang huru-hara hidup aku."

"Aku selalu ada dengan kau. Dari dulu, sekarang dan sampai bila-bila yang kau nak."

Alin merenung tepat ke arah Fatah. Bukan tak biasa dengar Fatah keluar ayat semanis gula, cuma kali ni entah kenapa hatinya terasa lain macam.

"Sekarang tak kahwin lagi, bolehlah kau cakap macam tu. Nanti kalau dah kahwin, takkanlah kau nak rapat lagi dengan aku macam sekarang ni."

"Then, kahwin dengan aku. Aku akan rapat dengan kau, sampai bila2."

"Is this a proposal?" kali kedua Alin menyoal setelah kejadian hari itu.

"Yes."

Dan ketegasan Fatah mengungkapkan jawapan itu sekali lagi berjaya buat Alin hampir nak pitam. Untuk kali yang kedua.


Comments

Post a Comment