The Last Journey

5.04.2019-7.04.2019
Maahad Tahfiz Az-Zahra, Hulu Langat

Berminggu sebelum program berlangsung, aku sering terfikir, bagaimana agaknya penerimaan mereka terhadap kami, fasilitator dari STUFF, UIA ni. Perspektif aku, mungkin kerana mereka ni budak tahfiz, semua perempuan lagi, mereka tak berapa berminat dengan modul2 yang kami nak jalankan.

Tapi, hari pertama tiba di sana, benar2 mengubah perspektif aku terhadap mereka. Bahawa mereka sangat lah mengalu-alukan serta meraikan kehadiran kami di sana. Dan, mereka juga bukanlah pendiam sangat seperti yang aku sangka. Mungkin kerana rutin harian mereka yang dipenuhi dengan mengaji dan mengulang hafazan, mereka jarang sekali didedahkan dengan aktiviti2 luar daripada bidang mereka.

Dan respons mereka untuk setiap modul dan aktiviti yg kami jalankan sangatlah positif. Sehingga sampai ke saat modul terakhir, satu perasaan sebak terus menguasai diri. Semua ini kerana ada seorang peserta yang volunteer untuk memberikan ibrah dan apa yg dikatakan oleh adik itu cukup terkesan di hati kami semua.

Dia masuk ke maahad tahfiz tersebut kerana paksaan daripada parents. Dan langsung dia tidak ikhlas untuk menghafaz di situ. Banyak main2, sampailah sekarang dia dah form five, baru dia tersedar betapa dia dah sia-siakan masanya di sini. Sejak dari tu, dia bertekad untuk berubah dan bersungguh-sungguh untuk habiskan hafalan dia.

Dan saat tu, terasa seolah-olah kami meniti jalan yang sama. Kadang aku merasakan adakah betul jalan yg aku ambil ini. Dan, hinggalah ke saat terakhir aku di sini, aku masih tertanya-tanya, jika diberi peluang lain, apakah aku akan masih memilih jalan ini?

Perjalanan terakhir aku di IIUM, aku tamatkan dengan kenangan indah. Dan biarlah kenangan itu tersimpan kukuh, supaya di masa akan datang, akan aku kenang kembali, sebagai pengubat rindu.



Comments